U Mobile GX30 Dan GX38 Diganda Kelajuan Dan Kuota Hotspot - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Saturday 13 June 2020

U Mobile GX30 Dan GX38 Diganda Kelajuan Dan Kuota Hotspot


Anda tahu kenapa persaingan yang sihat menguntungkan pengguna? Ini kerana syarikat akan berlumba-lumba menawarkan promosi yang terbaik untuk menarik pelanggan. Dalam satu hal, pengguna akan dapat membeli pada harga lebih murah dengan fungsi lebih baik.

Salah satu persaingan yang sihat di Malaysia ini ialah tawaran pelan internet mudah alih. Hotlink dan Xpax baru-baru ini memperkenalkan pelan internet tanpa had dari RM35/bulan. Sebagai pelopor internet tanpa had yang murah, U Mobile kembali memberi saingan dengan penawaran yang lebih baik dari pelan Giler Unlimited mereka sebelum ini.


Bermula 12 Jun 2020, U Mobile akan menaik taraf pelan prabayar Giler Unlimited mereka, iaitu GX30 dan GX38. Pengguna pelan GX30 akan menerima kelajuan disekat berganda ke 6Mbps dan kuota hotspot digandakan ke 6GB. Sudah tentu, kuota internet kekal tanpa had dengan harga RM30/bulan.

Manakala pelan GX38 pula akan kekal dengan sekatan kelajuan 6Mbps tetapi kuota hotspot digandakan ke 6GB. Bezanya dengan GX30, selain internet tanpa had, pelan GX38 turut diberikan panggilan tanpa had ke semua talian tempatan. Harga promosi GX38 juga masih kekal pada RM35/bulan.

Perbandingan dengan Xpax dan Hotlink

Pengguna GX30 dan GX38 sedia ada tidak perlu berbuat apa kerana naik taraf ini akan diberikan secara automatik pada kitaran akan datang, bermula 12 Jun 2020.

Jika perlukan internet tanpa sekatan kelajuan buat sementara, pengguna boleh melanggan add-on Data Booster 5 berharga RM5. Ia datang dengan 10GB data berkelajuan tinggi untuk kegunaan 14 hari. Untuk data tambahan hotspot pula, ia ditawarkan dalam Hotspot Booster berharga RM3, dengan 3GB data untuk kegunaan selama 3 hari.

Untuk maklumat lanjut layari laman web www.u.com.my.

Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad