Prabayar baru Yes 5G RM20 ada kuota 50GB dan data boleh dibawa ke depan - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Tuesday, 11 June 2024

Prabayar baru Yes 5G RM20 ada kuota 50GB dan data boleh dibawa ke depan

 


Yes 5G memang terkenal dengan pelan yang sangat murah dan data yang banyak, malah ada pelan tanpa had sebenar tanpa kuota dan FUP. Kini, Yes memperkenal satu pelan prabayar baharu yang lebih murah, hanya RM20 sebulan dan datang dengan banyak kelebihan yang sukar ditemui pada tawaran telco lain.

Sebelum ini, Yes menawarkan pelan prabayar tanpa had RM30/bulan. Jika anda tidak perlukan data yang banyak dan membayar lebih murah, boleh melanggan pelan Yes Prepaid FT5G 20 yang baru ini.

 


Pelan prabayar ini berharga RM20/bulan, datang dengan kuota 50GB 5G/4G termasuk kegunaan hotspot, bersama panggilan tanpa had ke semua talian tempatan. Paling menarik, pelan ini turut menawarkan baki data tidak digunakan dibawa ke depan. Tetapi ada syaratnya.

 

Data tak habis, bawa ke bulan depan

Untuk data yang tidak digunakan boleh dibawa ke depan, pengguna perlu memastikan pelan Yes Prepaid FT5G 20 diperbaharui semula sebelum ia tamat. Maknanya, kena langgan semula pelan Yes Prepaid FT5G 20 selewatnya pada hari ke-30 pelan, baru baki data tak habis ini akan dibawa ke depan. Rugi sehari, tapi dapat lebih data.


Tetapi semak juga penggunaan anda, adakah perlu baki data dibawa ke depan dan mengorbankan sehari pelan. Jika tak perlu baki data ini, boleh perbaharui pelan macam biasa selepas tarikh akhir pelan. Untuk maklumat lanjut tentang pelan ini, layari laman web Yes Prepaid.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad