U Mobile ada promosi talian tambahan dengan 50GB data hanya RM1 sebulan - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Thursday 2 July 2020

U Mobile ada promosi talian tambahan dengan 50GB data hanya RM1 sebulan


U Mobile kini ada promosi yang sangat menarik iaitu 50GB pada harga RM1. Tetapi ia bukan untuk semua. Tawaran ini hanya untuk pelanggan pelan pascabayar Unlimited Hero P139.

Dalam promosi ini, pelanggan pelan pascabayar Unlimited Hero P139 boleh menambah pelan tambahan Share 20, dengan komitmen bulanan RM1 sahaja. Pelan Share 20 boleh menggunakan kuota hotspot 50GB dari pelan utama.


Pelanggan yang layak, boleh mendaftar sehingga 3 pelan Share 20 dengan harga promosi RM1 ini. Pelan ini menyediakan pilihan untuk mendapatkan kad sim fizikal atau e-Sim. Jadi ia juga sesuai untuk digunakan di peranti lain seperti tablet, jam pintar atau dalam router jalur lebar di rumah.

U Mobile tidak menyatakan berapa lamakah promosi ini berjalan. Tetapi pengguna yang melanggan promosi ini, perlu membayar RM1 selama 12 bulan berturut-turut. Dapatkan lebih banyak info tentang promosi ini di sini.

U Mobile juga menawarkan telefon pintar dari serendah RM0.99 bersama kontrak dengan pelan Unlimited Hero. Antara yang ditawarkan ialah iPhone 7 Plus, Samsung Galaxy A51 dan Oppo A92. Maklumat lanjut boleh dirujuk di sini.


Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad