Yoodo Tamat 29 Ogos 2024 – Pelanggan Sedia Ada Akan Diteruskan Dibawah Pelan CelcomDigi Prepaid 5G - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Friday, 14 June 2024

Yoodo Tamat 29 Ogos 2024 – Pelanggan Sedia Ada Akan Diteruskan Dibawah Pelan CelcomDigi Prepaid 5G

Yoodo sedia mengumumkan akan menamatkan jenama dan perkhidmatan dibawah mereka berkuat-kuasa 29 Ogos 2024. Lanjutan daripadanya, kini Yoodo berkongsi beberapa perkembangan baharu, dan apakah akan berlaku kepada pelanggan Yoodo bergerak ke hadapan.



Menurut
Yoodo, mulai 19 Jun 2024, mereka tidak lagi akan menerima permohonan dan pengaktifan baharu. Selepas tarikh berkenaan, pengguna akan diberikan pilihan untuk beralih ke syarikat telekomunikasi pilihan pengguna, menamatkan servis Yoodo, atau meneruskan pelan sedia ada dengan CelcomDigi.

Pelan Yoodo ini akan menjadi sebahagian daripada penawaran CelcomDigi Prepaid 5G selepas 29 Ogos 2024 kelak. Ini sekaligus akan membolehkan pengguna kekal menggunakan pelan sedia ada, dan turut membawa baki kredit ke pelan CelcomDigi.

Bagi anda yang tidak ingin meneruskan talian dibawah pelan CelcomDigi, maka anda boleh memilih untuk pindah keluar ke talian lain, atau menamatkan talian sepenuhnya. Pengguna yang mempunyai baki kredit turut boleh memohon pulangan kembali melalui laman khusus yang disediakan Yoodo.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad