Pelan Hotlink tanpa had kini ada kelajuan 18Mbps dengan FUP masih sama - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Sunday 3 October 2021

Pelan Hotlink tanpa had kini ada kelajuan 18Mbps dengan FUP masih sama

 
Dalam diam-diam, Hotlink telah memperkenalkan satu lagi pelan baharu dalam barisan tawaran prabayar tanpa had mereka. Ketika dilancarkan tahun lepas, Hotlink menyediakan pilihan sekatan kelajuan antara 3Mbps atau 6Mbps. Kini satu lagi pilihan baru ditambah iaitu kelajuan disekat ke 18mbps, bermakna 3x lebih pantas dari dahulu bersama panggilan tanpa had ke seluruh rangkaian.

Pelan prabayar tanpa had Hotlink 18Mbps ini berharga RM60/bulan. Untuk perbandingan, pelan tanpa had 3Mbps berharga RM35/bulan, manakala pelan 6Mbps pula RM45/bulan.
 
Semua pelan prabayar tanpa had ini juga layak menerima diskaun subsidi RM180 Jaringan Prihatin, iaitu diskaun sebanyak RM15/bulan selama 12 bulan. Pelan tanpa had 18Mbps ini kelihatan telah mula berada di pasaran sejak awal September tetapi tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Maxis mengenainya.

Hotlink tidak menyediakan sebarang kuota untuk hotspot dalam pelan tanpa had ini. Tetapi pengguna boleh membayar tambahan RM5/bulan untuk menikmati hotspot tanpa had. Hotspot ini akan mengikuti tempoh sah pelan serta kuota FUP yang ditetapkan.

Pengguna juga boleh membuka kunci sekatan untuk menikmati kelajuan penuh dari serendah RM1 untuk 1 jam tanpa had kuota, RM3 untuk 1 hari sebanyak 3GB atau RM10 selama 7 hari sebanyak 5GB.

 

 

FUP Kedekut masih ada

Maxis mengenakan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) terhadap pelan tanpa had ini mengikut tempoh pelan, bukannya kelajuan. Pelan harian dikenakan FUP sebanyak 5GB, manakala pelan mingguan sebanyak 15GB. Pelan bulanan pula, kuota FUP adalah 50GB sahaja. 

Selepas pengguna mencapai had kuota FUP ini, internet tanpa had masih boleh dinikmati tetapi kelajuan disekat kepada 512Kbps sahaja. Menurut Maxis, kelajuan ini masih pantas kerana ia membolehkan pengguna menonton video dalam definisi standard SD, serta aplikasi media sosial dan melayari internet dengan baik.

Apakah keperluan pelan 18Mbps ini sukar untuk dikenalpasti kerana YouTube dan Netflix mencadangkan kelajuan minima 5Mbps untuk menonton strim video dalam resolusi HD. Ia mungkin diperlukan jika mahu menonton kandungan video 4K tetapi pengguna masih terkesan dengan kualiti rangkaian yang mungkin tidak memberikan kelajuan penuh 18Mbps.

Untuk maklumat lanjut tentang tawaran ini, layari laman web Prabayar Hotlink


Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad