Hotlink Lancar Pelan Tanpa Had Internet Dan Panggilan Dari RM35 Sebulan - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Thursday 4 June 2020

Hotlink Lancar Pelan Tanpa Had Internet Dan Panggilan Dari RM35 Sebulan


Maxis hari ini tidak berselindung lagi di sebalik khabar angin apabila mengumumkan pelan baru Hotlink Prepaid Unlimited. Pelan prabayar ini menawarkan bukan sahaja internet, tetapi termasuk panggilan tanpa had dalam bentuk harian, mingguan dan bulanan.

Bagaimanapun, pelan tanpa had ini datang dengan sekatan kelajuan. Pelan harian dan mingguan disekat kelajuan kepada 3Mbps, manakala pelan bulanan boleh dipilih sekatan antara 3Mbps dan 6Mbps.


Pelan harian tanpa had berharga RM3 manakala pelan mingguan tanpa had ialah RM12. Bagi pelan bulanan, sekatan kelajuan 3Mbps berharga RM35 dan sekatan kelajuan diganda 6Mbps, berharga RM45. Pelanggan pelan bulanan akan turut menerima akses premium Viu percuma. Viu adalah platform penstriman video seperti Netflix.


Seperkara lagi, pelan ini tidak membenarkan perkongsian data melalui hotspot. Tetapi hotspot boleh diaktifkan dengan membeli add-on internet tanpa sekatan kelajuan.

Add-on ini boleh dibeli dari RM1 tanpa kuota untuk digunakan selama 1 jam, RM3 dengan kuota 3GB untuk kegunaan 1 hari dan RM10 dengan kuota 5GB untuk kegunaan 7 hari. Dengan add-on ini, anda beroleh internet tanpa sekatan lajuan serta keupayaan hotspot.


Dari laman soalan lazim FAQ, ia menyatakan pelan tanpa had ini tidak diperbaharui secara automatik. Bermakna, pengguna perlu mengaktifkannya secara manual selepas ia tamat, jika mahu terus menggunakannya.


Seperkara lagi, FAQ juga menyebut bahawa pelan tanpa had bulanan ditawarkan secara promosi. Harga sebenar pelan bulanan tanpa had 3Mbps ialah RM38, manakala pelan 6Mbps pula RM48. Tetapi tidak pula dinyatakan sampai bilakah harga promosi ini berjalan.

Pelan Hotlink Prepaid Unlimited boleh mula dilanggan bermula hari ini. Anda juga boleh mendapatkan pek prabayar Hotlink di kedai Maxis, pengedar sah Hotlink, serta di kedai serbaneka 7-Eleven, myNews dan 99 Speedmart.

Maklumat lanjut mengenai pek dan pelan baru Hotlink ini boleh didapati di laman web Hotlink Unlimited.

Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad