Umobile GX38 Internet Tanpa Had Kelajuan 6Mbps - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Friday 14 February 2020

Umobile GX38 Internet Tanpa Had Kelajuan 6Mbps


U Mobile sebelum ini telah memperkenalkan pelan prabayar GX30 dengan internet tanpa had kuota paling murah, hanya RM30/bulan tetapi kelajuan disekat kepada 3Mbps. Jika anda mahukan kelajuan yang sedikit lebih laju, U Mobile kini menawarkan pelan prabayar GX38 juga dengan internet tanpa had kuota, tetapi kelajuan disekat digandakan ke 6Mbps.

Secara ringkas, pelan GX38 adalah sama dengan pelan GX30. Perbezaannya hanyalah pada kelajuan. Kedua-duanya tiada kuota internet tetapi kelajuan disekat pada 3Mbps di GX30 dan 6Mbps di GX38. Kuota hotspot juga sama banyak, ada 3GB untuk kedua-dua pelan. Jika perlukan lebih, langgan Hotspot Booster yang menambah 3GB kuota hotspot untuk digunakan dalam 3 hari, pada harga RM3.


U Mobile menyediakan beberapa Booster untuk membuang sekatan kelajuan di pelan GX38. Data Booster 5 memberikan pengguna kelajuan tanpa sekatan sebanyak 10GB selama 14 hari, dengan bayaran RM5. Jika perlukan selama 24 jam sahaja, dapatkan Turbo Booster juga RM5, yang membuang sekatan kelajuan selama 24 jam, tanpa had kuota.


Pelan prabayar GX38 akan aktif selama 30 hari dari hari pertama langganan. Ia boleh diperbaharui secara automatik, jika akaun pelanggan aktif dan memiliki kredit mencukupi.

Bagi menarik pelanggan baru, U Mobile kini menawarkan pelan GX38 pada harga RM35 sahaja. Promosi ini adalah untuk masa terhad tetapi tidak dinyatakan bila tarikh akhirnya. Apabila promosi tamat, pelanggan akan membayar harga asal RM38, walaupun membaharuinya secara automatik.


Ketibaan pelan GX38 ini menambah pilihan kepada pengguna, samada mahu melanggan pelan tanpa had kuota berkelajuan 6Mbps (GX38) atau 3Mbps (GX30). U Mobile turut menawarkan pelan mingguan GX12, yang memberikan internet tanpa had kuota serta panggilan tanpa had selama 7 hari.

Selain U Mobile, prabayar lain yang menawarkan internet tanpa had adalah Yes 4G. Mereka menyiadakan pelan internet tanpa had RM1/hari, menjadikannya RM30 untuk 30 hari. Walaupun tiada had kuota, Yes 4G disekat kelajuannya pada 4 Mbps.


Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad