Pelan Xpax XP Lite diperkemas dengan YouTube tanpa had dari RM38/bulan - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Friday 10 July 2020

Pelan Xpax XP Lite diperkemas dengan YouTube tanpa had dari RM38/bulan


Celcom hari ini mengumumkan naik taraf pelan pascabayar Xpax XP Lite, dengan tambahan akses YouTube tanpa had. Pelan pascabayar Xpax dengan YouTube tanpa had ini ditawarkan dari serendah RM38/bulan.

Akses YouTube tanpa had ini boleh diperolehi dengan menambah M Pass atau L Pass ke dalam pelan pascabayar XP Lite. Pelan asas XP Lite menyediakan 1GB internet berkelajuan pantas, bersama panggilan tanpa had ke semua talian pada kadar RM28/bulan.


Pass M pula memerlukan pengguna XP Lite menambah RM10 menjadi RM38/bulan, dan ia memberikan 8GB internet berkelajuan pantas, panggilan tanpa had ke semua talian serta akses YouTube tanpa had pada tahap SD.

Manakala tambahan Pass L menjadikan pelan XP Lite kepada RM58/bulan, memberi kuota 16GB internet berkelajuan tinggi, panggilan tanpa had bersama akses YouTube tanpa had pada kualiti HD.

Selain itu, pelanggan XP Lite bersama Pass L boleh mendapatkan telefon pintar percuma. Celcom menyediakan tiga model untuk dipilih iaitu Samsung Galaxy A01 16GB, Oppo A12 32GB atau Vivo Y11 32GB. Tetapi pengguna perlu mengikat kontrak selama 24 bulan bersama XP Lite dan Pass L untuk mendapatkan telefon percuma ini. Celcom juga ada menawarkan telefon pintar iPhone 7+ 128GB dengan tambahan RM60/bulan, menerusi ansuran EasyPhone selama 24 bulan.


Bagi menarik lebih banyak pendaftaran, mereka yang mendaftar pelan XP Lite bersama Pass M atau Pass L di Celcom Online Shop dari 9 Julai hingga 12 Ogos 2020, berpeluang memenangi pass XP Lite percuma selama setahun. Syaratnya mudah sahaja, mendaftar pelan XP Lite di Celcom Online Shop.

Bagi pelanggan XP Lite yang melanggan Pass M atau Pass L sedia ada, jangan khuatir. Pelan anda akan dinaik taraf dengan tawaran YouTube tanpa had ini secara automatik di dalam kitaran bil yang akan datang.


Satu kelebihan untuk pelanggan setia XP Lite adalah pemberian 1-jam internet tanpa had percuma setiap hari, pada bulan ke-7 dan seterusnya. Internet tanpa had dengan had masa ini turut boleh dilanggan menerusi Ultra Hour Pass, dari RM1 untuk internet tanpa had 1-jam, menerusi aplikasi Celcom Life.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tawaran terbaru Celcom ini, layari laman web Xpax Postpaid XP Lite.

Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad