Pengguna Hotlink Unlimited rasa tertipu kerana pelan ini sebenarnya ada had kuota - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Monday 8 June 2020

Pengguna Hotlink Unlimited rasa tertipu kerana pelan ini sebenarnya ada had kuota


Maxis baru-baru ini telah memperkenalkan pelan prabayar tanpa had internet dan panggilan, Hotlink Prepaid Unlimited. Pelan tanpa had ini sangat murah, ditawarkan serendah RM35/bulan. Ini kerana mereka mengenakan sekatan kelajuan iaitu 3Mbps, sama seperti pelan U Mobile GX30.


Ramai pengguna sangat gembira dengan pelan baru Hotlink dan mula melanggannya. Tetapi kegembiraan itu tidak lama kerana ada yang telah menerima SMS amaran, mengatakan mereka telah menggunakan data melebihi had.

Mengapa pelan tanpa had ini, ada had pula?

Rata-rata ramai yang menerima SMS amaran ini mengatakan, mereka telah menggunakan data sekitar 5GB untuk hari tersebut. Selepas itu, internet mereka menjadi sangat perlahan, seperti disekat kelajuan lebih teruk.

Sumber: OMG Hackers

Persoalan ini terjawab apabila Hotlink membalas persoalan pengguna di Facebook. Hotlink menyatakan, mereka mengenakan Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) untuk pelan terhad ini, seperti diterangkan di ruangan soalan lazim FAQ.


Bagaimanapun, sebelum ini FUP ini tidak dinyatakan berapakah kuotanya dan apa pula sekatan kelajuan yang baru. Tetapi apabila menyemak semula FAQ hari ini, ia telah dikemaskini dengan kuota FUP.

Untuk pelan tanpa had harian, FUP adalah 5GB manakala pelan mingguan ialah 15GB dan pelan bulanan pula 50GB. Apabila mencecah kuota ini, kelajuan pengguna akan disekat kepada 512kbps sahaja. Mereka menambah, kelajuan ini mencukupi untuk menonton video definis standard (SD), menggunakan media sosial dan melayari internet.


Langkah Maxis menggunakan perkataan Unlimited pada pelan dengan had kuota ini adalah satu lagi contoh bagaimana syarikat telekomunikasi menipu pengguna. Sebelum ini, U Mobile pernah mengenakan had kuota 50GB untuk pelan tanpa had mereka, tetapi telah menghapuskan kuota tersebut.

Diharapkan kerajaan terutama sekali Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKKM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dapat mengambil langlah aktif membendung penyalahgunaan terma Tanpa Had oleh syarikat telekomunikasi. Jika ada had kuota, sepatutnya ia disebut dengan lebih jelas, bukan menyorok di sebalik FUP.

Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad