
Daripada pengalaman saya, kebiasaannya akan ada warga Indonesia yang akan minta untuk mendaftar sebagai Dealer atau Agen untuk sistem SRS Topup sama ada menggunakan talian nombor telefon dengan kod negara selain dari Malaysia dan ada juga yang menggunakan talian nombor telefon dari Malaysia.
Agak pelik untuk warga Indonesia untuk mendaftar sebagai Dealer atau Agen SRS Topup memandangkan SRS Topup memfokuskan kepada produk syarikat telekomunikasi di Malaysia. Dari sudut positif, mungkin mereka mempunyai talian nombor telefon dari Malaysia mungkin. Tapi apa yang bakal anda baca sebentar lagi akan menukar pemikiran positif tadi menjadi negatif. Mengapa ?
- Mereka membuat pembayaran menggunakan akaun bank orang lain. Ada yang menggunakan alasan ‘suruh kawan bankinkan’. Ada juga yang mungkin menggunakan mesin CDM jadi transaksi ini agak sukar untuk dikesan dengan jelas dimanakah sumbernya.
- Slang Indonesia memang kebanyakannya ‘lekat’ pada gaya menaip/bercakap semasa berurusan (tidak semua). Trust me, kebanyakan scammer sama ada scam cabutan bertuah telco atau scam penyamaran sebagai polis/mahkamah/bank negara memang kebanyakannya menggunakan Slang Indonesia.
- Kelihatan sangat terdesak untuk mendaftar atau mendapatkan modal sistem SRS Topup, sanggup misscall berkali-kali atau menukar yuran pendaftaran SRS Topup kepada topup jenis PIN.
- Mereka yang berpotensi scam menggunakan modus operandi penipuan ini 100% transaksi adalah dalam bentuk PIN, dan saya yakin 95% PIN tersebut ialah DIGI PIN. Scammer gemar membuat transaksi PIN memandangkan ianya tidak dapat dikesan dan privasi penggunaannya tidak akan didedahkan disebabkan privasi syarikat telekomunikasi.
- Mereka mencari penjual topup online dan membuat pembelian DIGI PIN dengan jumlah yang tinggi seperti RM100 berbanding membuat pembelian di kedai fizikal berhampiran.
- Adakah transaksi ini melibatkan hasil dari penipuan 3rd party transfer scam (scammer sebagai orang tengah) ?
- Adakah transaksi ini daripada jual beli yang halal (tidak melibatkan casino/betting online/game atau perkhidmatan seks) ?
Terdapat satu pautan pada Digi Community yang menarik perhatian saya berkenaan aktiviti scam menggunakan Digi Prepaid. Anda boleh baca disini : https://community.digi.com.my/t5/Prepaid/Digi-Prepaid-sebagai-keldai-wang-aktiviti-scam-pelacuran-dan/td-p/68193.
Kita sebagai peniaga online pastinya risau sekiranya ada yang membuat posting scam viral menggunakan nombor akaun kita sedangkan kita hanya teraniaya dengan penipuan 3rd party transfer scam kerana ianya melibatkan kredibiliti dan maruah personal serta perniagaan kita sendiri.
Saranan saya, sentiasa berhati-hati dan pastikan transaksi yang dijalankan hanyalah dengan nombor daripada Malaysia sahaja untuk mengelakkan daripada berlaku perkara yang tidak diingini. Ada juga rakan-rakan dalam team Eazyreload yang mengatakan mereka juga ‘dipancing’ untuk menjalankan transaksi sebegini. Sila elakkan dan berhati-hati lebih-lebih lagi apabila pembeli ingin membuat transaksi DIGI PIN dengan nilai yang tinggi.
Buat masa ini sehingga 12 Mei 2020, saya ada usaha untuk mencari adakah nombor telefon atau no akaun bank saya dipaparkan dicarian Google atau Facebook berkaitan scam atau sebagainya, tetapi tidak menjumpai apa-apa yang meragukan. Malah, owner yang berpotensi membuat transaksi kepada saya juga ada yang ‘block’ saya semasa saya membuat pertanyaan untuk verifikasi transaksi.
List Scammer Topup Di Malaysia : https://www.eazyreload.com/p/info-scammer-topup.
No comments:
Post a Comment