Redone Hybrid50u Internet Tanpa Had - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Tuesday 10 November 2020

Redone Hybrid50u Internet Tanpa Had


Pelan tanpa had merupakan tawaran popular terbaru di hampir semua syarikat telekomunikasi, tetapi ia datang dengan kelajuan disekat. RedOne kini tampil dengan tawaran tanpa had yang sedikit berbeza, memanggilnya sebagai pelan hibrid.

Pelan pascabayar tanpa had, Redone Hybrid50U menyediakan panggilan tanpa had bersama data tanpa had, dengan kelajuan disekat pada 3Mbps. Tetapi ia turut hadir bersama 10GB data berkelajuan tinggi, dengan komitmen bulanan RM50.



Dengan pelan hibrid ini, pengguna akan menggunakan kuota berkelajuan tinggi terlebih dahulu sebanyak 10GB, kemudian menikmati internet tanpa had dengan kelajuan disekat pada 3Mbps.

Tetapi perlu juga diambil perhatian. Dari ruangan soalan lazim FAQ, Internet tanpa had 3Mbps ini mempunyai polisi penggunaan saksama (Fair Usage Policy – FUP) sebanyak 100GB sebulan. Jangan risau, internet masih boleh digunakan selepas habis 100GB tetapi kelajuannya disekat lebih perlahan kepada 64kbps.


Jika anda memerlukan internet berkelajuan tinggi selepas kehabisan kuota, ia boleh dibeli pada kadar RM10 untuk 1GB, atau RM45 untuk 10GB.

Selain itu, terdapat juga FUP untuk panggilan iaitu 100 jam sahaja. Secara purata, ia bersamaan dengan 80 minit panggilan sehari, dalam sebulan. Pastinya ia lebih dari mencukupi untuk penggunaan biasa. Penggunaan melebihi 100 jam akan dikenakan caj RM0.15/minit.

Bagi mereka yang berminat, pendaftaran boleh dilakukan di mana-mana cawangan dan rakan niaga RedOne berhampiran. Pendaftaran dikenakan caj RM10 bersama 1 bulan bayaran pendahuluan. Tetapi jika anda mahu bertukar nombor dari syarikat telekomunikasi lain (MNP), bayaran pendahuluan akan dikecualikan.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelan ini, layari laman web RedOne Hybrid50U.

Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad