Tunetalk Menawarkan Pelan Internet Tanpa Had - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Saturday 3 October 2020

Tunetalk Menawarkan Pelan Internet Tanpa Had


TuneTalk hari ini mengumumkan ketibaan pelan baru tanpa had pertama mereka, Tune Unlimited berharga RM48/bulan. Sama seperti pelan tanpa had berharga RM50 ke bawah yang lain, pelan Tune Unlimited ini mempunyai kelajuan yang disekat.

Pelan Tune Unlimited dengan data tanpa had ini disekat kelajuannya ke 6Mbps. Ia turut datang bersama panggilan tanpa had ke semua rangkaian tempatan serta data hotspot sebanyak 5GB.


Bagaimanapun, dari penerangan terma & syarat, pelan Tune Unlimited memiliki Polisi Penggunaan Saksama (Fair Usage Policy, FUP) di mana apabila menggunakan 100GB data dalam masa 30 hari, kelajuan akan disekat lebih perlahan ke 64kbps dengan kuota 10GB.
Secara kasar, pelan Tune Unlimited ini hanya ada kuota 110GB. Untuk data hotspot pula, jika kuota 5GB habis digunakan, tiada data tambahan diberikan dan ia tidak boleh digunakan langsung selepas itu.


Tetapi jika anda menggunakan aplikasi Chat, Sosial atau Muzik lebih banyak, pelan Bulanan RM48 dilihat lebih baik. Ini kerana pelan ini menyediakan 10GB data kelajuan tinggi untuk kegunaan semua, 60GB data video (2GB/hari), serta data aplikasi Chat, Sosial dan Muzik tanpa had, tetapi ada had FUP 100GB. Secara kasar, pelan Bulanan RM48 ada data berjumlah 170GB tanpa sekatan kelajuan, serta data asas 10GB berkelajuan 64kbps.

Untuk pengguna TuneTalk, pengenalan pelan tanpa had ini adalah dialu-alukan kerana diberi pilihan baru untuk berinternet untuk pelbagai kegunaan tanpa risau kehabisan kuota. Walaupun sebenarnya ada had FUP 100GB.


Jika anda pengguna TuneTalk dan berminat melanggan pelan Tune Unlimited, ia boleh dilakukan menerusi aplikasi TuneTalk, atau menghantar SMS ‘TUNEUNL’ ke 2222. Pelan ini akan diperbaharui secara automatik setiap bulan, jika baki kredit mencukupi.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web TuneTalk Cun Value Data Plan.

Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad