Yoodo Menawarkan Pelan Unlimited Internet - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Wednesday 16 September 2020

Yoodo Menawarkan Pelan Unlimited Internet


Satu demi satu telco memperkenalkan pelan tanpa had dan yang terbaru adalah daripada penyedia Yoodo. Anda kini boleh melanggan salah satu daripada dua pelan tanpa had yang disediakan pada harga RM35 dan RM43.


Beza antara dua pelan itu adalah pada segi kelajuan maksimum yang boleh dicapai. Untuk pelan yang lebih murah, anda boroleh capaian Internet sepantas 3Mbps manakala pelan lagi satu berikan 6 Mbps.

Seperti kebanyakkan telco yang ada produk tanpa had sebegini, hot spot tidak dibenarkan kecualilah anda ada kuota khas. Yoodo berikan anda 2GB setiap kitaran untuk ber-hotspot ataupun anda boleh beli pada harga RM20 (5GB) dan RM30 (20GB).

Anda juga terima kuota suara sebanyak 50 minit tapi tidak terima sebarang kuota SMS. Kalau nak hantar SMS, kuotanya boleh ditambah pada harga serendah RM3 (50 unit).



Pelan paling best untuk hotspot


Kalau anda banyak gunakan hotspot, anda mungkin boleh pertimbang pelan RM25 biasa sebab anda beroleh 20GB kuota mentah berkelajuan tinggi dan boleh juga ber-hotspot tanpa had.


Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman FAQ pelan unlimited Yoodo.


Daftar sebagai Dealer & Agen Topup Eazyreload : https://www.eazyreload.com/p/pakej-pendaftaran.html.

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad