Digi Tawar Naik-Taraf Kuota Data Bermula 2020 - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Friday 29 November 2019

Digi Tawar Naik-Taraf Kuota Data Bermula 2020


Bagi pengguna perkhidmatan telekomunikasi Digi yang melanggan beberapa pelan pascabayar terpilih, mungkin anda mengenali akan pembahagian kuota data – dimana sebahagian ditawarkan untuk penggunaan sepanjang masa, dan sebahagian lagi hanya dikhususkan untuk penggunaan pada penghujung minggu.


Menjelang 2020, pihak Digi dilihat ingin mengubah kaedah penggunaan data berkenaan. Melalui SMS yang telah mula dihantar kepada pengguna setia Digi, mereka mengatakan yang mana kuota data “hujung minggu” akan diubah kepada kuota data “sepanjang hari” bermula awal 2020 kelak.

Sebagai contoh, sekiranya sebelum ini anda mempunyai pelan langganan Digi dengan data hujung minggu sebanyak 10GB, bermula awal tahun 2020 kelak, tiada lagi pembahagian berkenaan dan data tersebut boleh digunakan pada bila-bila masa.

Buat masa ini, sebahagian daripada pengguna Digi yang melanggan beberapa pakej pascabayar terpilih telah mula menerima mesej berkenaan – dan Digi sendiri telah mengesahkannya melalui laman sosial mereka.


 

Ingin menjadi Dealer/Agen Topup Eazyreload? Hubungi kami melalui Whatsapp di http://eazyreload.wasap.my

Ingin menjadi Partner HaloTelco ? Klik disini : https://www.eazyreload.com/2019/08/rakan-niaga-diperlukan-segera.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad