Gangguan Kabel APCN2 Jejas Pengguna Internet Malaysia - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Saturday 11 April 2020

Gangguan Kabel APCN2 Jejas Pengguna Internet Malaysia


Pengguna internet di Malaysia sehari ini mungkin merasakan kelembapan melayari internet, terutama sekali ke laman web antarabangsa. Ini kerana terdapat ganggunan kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia, ke Hong Kong dan Amerika Syarikat.

Konsortium operator yang menguruskan kabel dasar laut Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) telah mengesan terdapat kerosakan pada kabel Segment 3, di antara Chongming ke Lantau. Kabel ini menghubungkan Malaysia menerusi Mersing, ke Singapura, Hong Kong dan San Jose, Amerika Syarikat.

Sambungan Kabel APCN2. Sumber: FiberAntlantic

Sambungan kabel ini menyediakan hubungan ke kebanyakan perkhidmatan internet yang terletak di Hong Kong dan Amerika Syarikat. Disebabkan kerosakan ini, perkhidmatan yang terlibat akan menjadi perlahan dan sukar diakses pengguna di Malaysia dan serantau.

Punca masalah masih belum diketahui tetapi kerja baik pulih telah dimulakan. Pengguna internet dijangka akan mengalami pengalaman internet yang merudum seperti internet yang lembap dan kependaman tinggi semasa melayari laman web antarabangsa, terutama yang dihoskan di Hong Kong dan Amerika Syarikat. Pengguna perniagaan yang menggunakan APCN2 juga akan berhadapan masalah yang serupa.

Telekom Malaysia (TM) merupakan sebahagian dari ahli konsortium APCN2. Mereka masih tidak dapat menganggarkan bilakah masalah ini akan pulih sepenuhnya, tetapi telah mengambil langkah mengurangkan impak gangguan ini dengan mengubah trafik ke laluan lain dan mengoptimasikan lagi rangkaian untuk mengurangkan kesesakan data.

TM menjangkakan, kapasiti tambahan untuk menampung perubahan trafik ini akan tersedia pada 20 April 2020. Sementara itu, pengguna internet di Malaysia diharap terus bersabar dan menantikan berita lebih lanjut selepas ini.

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad