TRON Menamatkan Kontrak Bersama Digi - Eazyreload

 Eazyreload

Sistem Topup & Bayar Bil Online No 1 di Malaysia

iphone8

Post Top Ad

PERHATIAN: JANGAN BERI PASSWORD WEBSERVER ANDA KEPADA SESIAPA TERMASUK UPLINE/ ADMIN/ STAFF/ PETUGAS SERVER ATAU SESIAPA PUN.

Wednesday, 2 January 2019

TRON Menamatkan Kontrak Bersama Digi


Bermula pada awal tahun ini, tiada lagi perkhidmatan telekomunikasi TRON memandangkan TRON menamatkan kontrak bersama Digi pada 17 Januari 2019. Penamatan ini disebabkan oleh tempoh kontrak bersama antara TRON dan Digi yang akan tamat dan tidak disambung kerana tidak mencapai kata sepakat antara kedua belah pihak.

Dengan penamatan servis perkhidmatan ini, TRON memberikan pilihan sama ada :

  • Pengguna sedia ada boleh port in kepada telco kolaborasi TRON iaitu HaloTelco.
  • Pengguna sedia ada boleh port out kepada telco Malaysia yang lain.
  • Pengguna sedia ada boleh menamatkan servis perkhidmatan TRON dan menerima refund mengikut refund policy dari TRON.

Pengguna sedia ada TRON boleh membuat penukaran telco untuk mengekalkan nombor TRON yang anda miliki atau sekiranya tidak membuat sebarang pilihan diatas, pengguna akan dipindahkan kepada telco Digi tanpa sebarang notis.

Untuk maklumat lanjut berkenaan penamatan perkhidmatan TRON, anda boleh layari laman sesawang mereka disini : https://www.tron.com.my .

No comments:

Post a Comment

Post Bottom Ad